Montreal sedia benar Drogba sertai Chelsea

Montreal sedia benar Drogba sertai Chelsea

LONDON, 25 Dis (Reuters) – Chelsea sudah berhubung dengan Montreal Impact bagi membincangkan masa depan bekas penyerang The Blues, Didier Drogba, kata kelab Liga Major Amerika (MLS) itu.

Laporan media di Britain melaporkan pada awal bulan ini, pemilik kaya raya kelab itu, Roman Abramovich berhasrat untuk membuat tawaran kepada Drogba berhubung satu tugas dalam kem kejurulatihan pasukan itu.

“Kami ketika ini masih berhubung dengan Didier Drogba dan Chelsea FC. Kami melakukan segala-galanya untuk mendapatkan khidmatnya kembali pada 2016.

Didier Drogba ketika berada di Chelsea baru-baru ini. – Reuters
Didier Drogba ketika berada di Chelsea baru-baru ini. – Reuters

“Kami memahami hubungannya (Drogba) dengan bekas kelabnya dan keinginannya untuk membantu mereka. Kami bersedia untuk membantunya,” kata Montreal Impact dalam laman sosial rasmi Twitter pasukan itu.

Kelab dari Kanada itu berkata, mereka sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Drogba pada musim depan, namun situasi itu bukan dalam kawalan mereka.

Drogba menyertai Montreal Impact pada Julai lalu selepas dua kali beraksi bersama Chelsea selain pernah beraksi bersama kelab China, Shanghai Shenhua dan gergasi Turki, Galatasaray.

ARTIKEL YANG SAMA