Monumen gempa bumi Kinabalu bagi memperingati tragedi

Monumen gempa bumi Kinabalu bagi memperingati tragedi

KUNDASANG, 5 Jun – Sebuah monumen daripada batu granit telah dibina sebagai memperingati tragedi gempa bumi Sabah yang mengorbankan 18 nyawa termasuk malim gunung, setahun lalu.

Monumen yang merupakan serpihan bongkah batu yang runtuh semasa kejadian itu telah diletakkan di Kiau Gate, kira-kira satu kilometer dari Timpohon Gate, iaitu tempat bermulanya pendakian ke Gunung Kinabalu.

Monumen yang tertera tarikh, peristiwa dan nama-nama mangsa gempa bumi itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun sempena upacara memperingati setahun tragedi di Taman Kinabalu di sini, hari ini. – Bernama