Monumen untuk ‘pencetus’ Perang Dunia I

Monumen untuk ‘pencetus’ Perang Dunia I

BELGRADE, 9 Jun (AFP) – Belgrade akan membina monumen sebagai penghormatan kepada pembunuh Archduke Franz Ferdinand, Gavrilo Princip, nasionalis Bosnia Serb yang mencetuskan Perang Dunia I, menurut pihak berkuasa bandar tersebut semalam.

Pegawai tempatan Goran Vesic memberitahu badan penyiaran milik negara RTS bahawa monumen itu dijadualkan mula didedahkan menjelang akhir bulan ini.

“Monumen itu untuk menghormati seorang lelaki yang menjadi sebahagian sejarah Serbia melalui tindakannya, lelaki yang berkorban apa sahaja demi kebebasan,” kata.

Bagaimanapun Princip, yang hanya berusia 19 tahun ketika beliau menembak mati archdule di Sarajevo pada 28 Jun 1914, kekal menjadi kontroversi di negara-negara Balkan, di mana parut perang sektarian dalam tahun 1990an masih lagi dirasakan.

Sementara sebahagian memandangnya sebagai nasionalis Serb yang penuh bersemangat yang berhasrat untuk membebaskan Slavs daripada pendudukan Austro-Hungary, yang lain menganggapnya sebagai pengganas yang menjadi punca pertumpahan darah paling dahsyat di dunia.

Beliau menembak mati the archduke dan isterinya dengan senjata api revolver Browning, sekali gus menjerumuskan kuasa-kuasa besar Eropah ke dalam kancah perang selama empat tahun yang mengubah peta dunia.

Pada musim panas lepas Sarajevo menyambut ulang tahun ke-100 pembunuhan itu, tetapi legasi Princip menyebabkan para pemimpin Serbia dan Bosnia Serbia tidak menghadirinya.

Dua tahun selepas beliau meninggal dunia di penjara pada 1920 jasadnya digali semula dan dikebumikan di bahagian bandar, di mana sebuah jambatan turut dinamakan sempena beliau.