Monyet lumpuh dapat berjalan semula melalui peranti implan

Monyet lumpuh dapat berjalan semula melalui peranti implan

GENEVA, 11 Nov – Satu peranti baru telah membolehkan dua ekor monyet untuk dapat menggunakan semula kaki mereka yang lumpuh dengan menghantar isyarat otak secara wayarles (tanpa wayar), dengan memintas kecederaan saraf tunjang mereka, menurut satu kajian yang dikeluarkan semalam oleh jurnal Nature.

Peranti implan itu, dipanggil neuroprosthetic interface, dicipta oleh sebuah kumpulan antarabangsa diketuai oleh para penyelidik di Federal Polytechnic School of Lausanne (EPFL) dan mungkin kelak diuji sebagai penyembuh bagi kelumpuhan manusia.

“Buat pertama kali, saya boleh bayangkan seorang pesakit yang lumpuh sepenuhnya boleh menggerakkan kaki mereka menerusi muka otak-tulang belakang,” Jocelyne Bloch, seorang pakar bedah saraf di Hospital Universiti Lausanne, berkata dalam siaran akhbar dari EPFL.

Antara yang dibayangkan di EPFL adalah penyambung otak-tulang belakang dengan pelbagai komponen, yang mentafsirkan kod isyarat dari bahagian motor korteks yang bertanggung jawab bagi pergerakan kaki. Ia kemudian menyampaikan isyarat itu dalam masa sebenar ke bahagian lumbar tulang belakang yang mengaktifkan otot kaki untuk berjalan.

Dalam dua kes ujian, motor korteks dan bahagian lumbar tulang belakang monyet-monyet itu masih berfungsi. Dengan yang demikian antara muka dapat menyampaikan secara wayarles dengan arahan pergerakan sementara bagi mengelak bahagian tulang belakang yang rosak yang mengakibatkan kelumpuhan, menurut EPFL lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA