Moody’s jangka defisit fiskal Malaysia akan dikurangkan

Moody’s jangka defisit fiskal Malaysia akan dikurangkan

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Moody’s Investors Service menjangka kerajaan Malaysia akan mengurangkan defisit fiskal untuk tahun keenam berturut-turut tahun lepas.

Dalam artikelnya, “Prospek Kredit Moody’s”, agensi penarafan itu berkata kerajaan Malaysia telah mengemukakan pakej bagi langkah-langkah perolehan dan perbelanjaan untuk mengekalkan aliran pengukuhan defisit fiskal.

Pengubahsuaian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas, iaitu tiga bulan selepas bajet asal dibentangkan pada akhir Oktober, menekankan pengurusan proaktif oleh kerajaan. Moody’s berkata pentadbiran juga menunjukkan komitmen positif kepada pengukuhan fiskal pada 3.1 peratus daripada KDNK pada 2016. –Bernama