Moody’s sahkan penarafan BAA2 Axiata dengan unjuran stabil

Moody’s sahkan penarafan BAA2 Axiata dengan unjuran stabil

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) – Moody’s Investors Service sahkan penarafan penerbit BAA2 untuk Axiata Group Bhd dengan prospek stabil susulan pengambilalihan di Nepal baru-baru ini.

Moody’s juga mengesahkan penarafan BAA2 terhadap hutang tidak bercagar senior yang diterbitkan Axiata SPV1 (Labuan) Ltd serta BAA2 terhadap nota sukuk bernilai US$500 juta dan penarafan Baa2 bersyarat (P) kepada program terbitan sukuk oleh Axiata SPV2 Bhd.

Penarafan itu bersandarkan anggapan pengambilalihan 80 peratus kepentingan dalam Ncell Pvt Ltd di Nepal baru-baru ini akan membolehkan Axiata memperluas jejaknya di rantau ini sekalipun pembelian tersebut meningkatkan sedikit hutang Axiata.

“Kami percaya ini pengambilalihan oportunis dalam pasaran telefon pintar dan jalur lebar yang potensi penembusan tidak diteroka sepenuhnya.

“Sekalipun ada risiko melibatkan persekitaran kawal selia Nepal yang sedang berubah serta penghantaran balik tunai, Axiata mempunyai sedikit fleksibiliti kewangan untuk menyerap cabaran-cabaran terbabit dalam paras penarafannya,” kata Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Gloria Tsuen dalam kenyataan.

Moody’s menjangka pendapatan Axiata bagi 2015-2016 bertumbuh pada peratusan satu digit rendah ke sederhana, disokong oleh penstabilan dan pemulihan Celcom dan XL, selain pertumbuhan kukuh Robi Axiata Ltd (tiada penarafan) di Bangladesh dan Dialog Axiata PLC (tiada penarafan) di Sri Lanka.

ARTIKEL YANG SAMA