Moody’s semak unjuran penarafan kerajaan M’sia

Moody’s semak unjuran penarafan kerajaan M’sia

SINGAPURA, 11 Jan (Bernama) – Moody’s Investors Service hari ini mengesahkan penarafan bon tidak bercagar senior dan penerbit Kerajaan Malaysiapada A3 dan menukar prospek kepada stabil daripada positif.

Dalam satu kenyataan, Moody’s berkata ia juga mengesahkan penarafan tidakbercagar senior A3 kepada sijil amanah dolar AS yang diterbitkan oleh MalaysiaSovereign Sukuk Bhd, perantara tujuan khas yang ditubuhkan kerajaan Malaysia.

Moody’s berkata sijil amanah ini dianggap obligasi langsung kerajaan Malaysia dan penarafan ini secara automatik mencerminkan perubahan kepada penarafan negara Malaysia

Mengenai langkah penarafan, Moody’s mengesahkan penarafan instrumen bagihutang tidak bercagar senior yang diterbitkan Khazanah Nasional Bhd pada A3.

Kerajaan Malaysian menjamin instrumen ini.

A Moody's sign is displayed on 7 World Trade Center, the company's corporate headquarters in New York

Moody’s berkata keputusan untuk menstabilkan penarafan bon kerajaan Malaysia pada A3 berbanding A2 mengimbangi kesan negatif perubahan dalam persekitaran luar pertumbuhan Malaysia, imbangan luar dan rizab sejak penarafanprospek positif pada November 2013, bersama-sama risiko yang muncul daripada ketidakseimbangan domestik sedia ada, berbanding kesan positif pengukuhan fiskal yang dilihat sejak itu.

Prospek positif kepada penarafan bon kerajaan Malaysia mencerminkan pandangan Moody’s bahawa peningkatan berterusan dalam lembaran imbangan kerajaan yang boleh meningkatkan lagi asas Malaysia.

Sejak tempoh berkenaan telah menyaksikan pengukuhan fiskal, termasuk melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi bahan api, katanya.

Bagaimanapun, agensi penarafan itu berkata kesan ke atas lembaran imbangan kerajaan telah, dan akan terus menjadi terhad.