Moore letak jawatan

Moore letak jawatan

LOS ANGELES, 23 Mac (AFP) – Pengarah kejohanan Indian Wells, Raymond Moore meletak jawatan hari ini selepas dikecam teruk susulan mengatakan pemain wanita terhutang budi kepada pemain lelaki.

Moore bertindak demikian selepas Serena Williams dan Martina Navratilova membantah kenyataannya mengenai pemain tenis wanita ‘mencapai kejayaan dengan mengekori lelaki’.

“Ray memberitahu saya yang dia mengambil keputusan melepaskan jawatannya daripada peranannya sebagai CEA dan pengarah kejohanan berkuat kuasa serta merta,” kata pemilik kejohanan dan jutawan, Larry Ellison menerusi laman web pertandingan. Moore, bekas pemain berumur 69 tahun dari Afrika Selatan, terlebih dulu meminta maaf atas kenyataan ‘ekstrem yang lemah dan salah’ mengenai Persatuan Tenis Wanita (WTA) itu.

Meskipun peletakan jawatannya, kontroversi itu dilihat berterusan selepas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic berkata pemain lelaki berhak menerima lebih banyak wang tunai berbanding wanita.

Djokovic menambah yang dia ‘memberi penghormatan tinggi’ bagi wanita dalam tenis “terutama sekali apabila mereka perlu melalui banyak perkara yang tidak dilalui kami (lelaki). Anda tahu, hormon dan perbezaan perkara lain.”

Moore ketika bercakap selepas tamat Kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells. – AFP
Moore ketika bercakap selepas tamat Kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells. – AFP

Perbalahan mengenai jurang pembayaran mengikut jantina dalam tenis berlaku pada hujung minggu, apabila pengarah pertandingan Indian Wells, Raymond Moore berkata wanita seharusnya ‘berlutut’ untuk mengucapkan terima kasih kepada pemain–pemain lelaki bagi memperoleh sumber kewangan dalam sukan itu.

Djokovic meningkatkan kontroversi itu selepas menyatakan bahawa dia percaya jurang bayaran adalah wajar, yang menambah wanita melalui ‘perbezaan kedudukan dan hormon.’

Williams, yang memenangi gelaran perseorangan Grand Slam 21 kali berbanding 11 bagi Djokovic, menyelar ulasan dari bintang Serbia itu semalam.

“Ia adalah mengecewakan,’ kata Williams. “Saya tidak berkata anak lelaki saya layak mendapatkan lebih banyak wang berbanding anak perempuan saya kerana dia seorang lelaki. Ia adalah mengejutkan.”

“Saya tidak akan menggunakan jantina untuk membandingkan. Kami memiliki terlalu ramai pemain yang hebat, lelaki dan wanita, yang membawa banyak visi kepada sukan itu. Setiap atlet bekerja keras.