Morgan lanjut kontrak bersama Leicester

Morgan lanjut kontrak bersama Leicester

LONDON, 20 Julai – Kapten Leicester City, Wes Morgan menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu sehingga Jun 2019, kata juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu tampil dalam setiap minit permainan bersama Leicester musim lalu dan menjadi antara tonggak kejayaan mengejutkan kelab itu yang membentuk gandingan pertahanan kental bersama Robert Huth.

“Untuk memberikan komitmen terhadap masa depan saya kepada Manchester City adalah perasaan yang istimewa,” kata Morgan yang menyertai Leicester pada Januari 2012 dari Nottingham Forest kepada laman web kelab itu.

Morgan telah menandatangani kontrak baharu bersama Leicester sehingga Jun 2019.– AFP
Morgan telah menandatangani kontrak baharu bersama Leicester sehingga Jun 2019.– AFP

“Semua orang tahu bagaimana perasaan saya bermain untuk kelab ini bersama rakan sepasukan saya, jadi saya amat berbangga untuk berpeluang menyarung jersi itu sekali lagi.

“Menjulang trofi Liga Perdana adalah masa yang tidak akan dilupakan dan saya masih menikmatinya,” kata Morgan sudah melakukan 196 penampilan bersama The Foxes dan menjaringkan lapan gol. Bos Leicester City, Claudio Ranieri berkata: “Wes adalah pemimpin dan pahlawan. Saya amat gembira apabila dia komited mengenai masa depannya kepada Leicester City.

“Ia tempoh yang menggembirakan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Tahun lalu amat istimewa dan Wes menakjubkan. Kini kami akan mengharungi satu lagi musim yang sukar dan kami memerlukannya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA