Morgan lengkapan ‘Kisah Dongeng’ Foxes

Morgan lengkapan ‘Kisah Dongeng’ Foxes

LEICESTER, United Kingdom, 8 Mei (AFP) – Kapten Leicester City, Wes Morgan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi sekali gus menjadi kemuncak terhadap kisah dongeng dicetuskan The Foxes yang menarik perhatian seluruh dunia.

Susulan kemenangan 3-1 ke atas Everton dalam aksi terakhir liga di laman sendiri, barisan pemain Leicester meraikan kejayaan itu penuh bergaya di Stadium King Power.

Selepas pemain dipanggil seorang demi seorang untuk naik ke pentas penyampaian trofi, sorakan terbesar diberikan kepada pemain bintang kelab itu, Jamie Vardy, Riyad Mahrez dan N’Golo Kante, Morgan menerima trofi daripada pemenang peraduan, Steve Worthy iaitu penyokong sepanjang hayat Leicester.

“Ia menakjubkan,” kata pengurus Leicester berusia 64 tahun, Claudio Ranieri yang berada di sebelah Worgan ketika pemain Jamaica itu menjulang trofi.

“Penyokong memberi sokongan yang menakjubkan, terima kasih kepada mereka. Mereka sentiasa berada di belakang kami sepanjang musim”.

Morgan (kiri) bergambar bersama Denmark dengan memegang trofi selepas memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Stadium King Power di Leicester, semalam. – AFP
Morgan (kiri) bergambar bersama Denmark dengan memegang trofi selepas memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Stadium King Power di Leicester, semalam. – AFP

“Saya sentiasa fokus untuk kekal tenang dan sudah pasti saya sangat gembira. Ia adalah detik menakjubkan untuk saya, saya pun bukan muda lagi”.

“Menjulang trofi liga adalah sesuatu yang istimewa. Kamu adalah juara Liga Perdana Inggeris, ia sangat istimewa untuk saya. Ini kerana, saya ada memenangi piala di Sepanyol dan Itali tetapi bergelar juara di sini sangat menakjubkan”.

Sementara itu, Morgan berkata: Ia sesuatu yang menakjubkan apabila akhirnya saya dapat menjulang trofi. Saya terpaksa menahan air mata saya dan ini adalah perasaan yang paling menakjubkan di dunia,” katanya.

Trofi seberat 25 kilogram itu dihiasi dengan riben berwarna biru sebagai simbolik kepada Leicester dan kuning mewakili kerabat diraja Thailand – negara asal pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha.

Vinchai dan barisan ahli lembaga pengarah kelab berkenaan menyertai pemain bagi meraikan kejayaan itu dengan penyokong Leicester yang menyaksikan kelab berkenaan terselamat daripada zon penyingkiran melaungkan korus ‘Leicester till I die!’ (Leicester hingga mati) dengan kuat.

Ia disusuli dengan ‘Barcelona kami datang’ (“Barcelona, we’re coming for you!”) sebagai tanda Leicester akan bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam aksi dengan Everton, penyerang sensasi Leicester, Jamie Vardy meledak dua gol selain Andy King manakala satu gol pihak lawan dijaringkan menerusi Kevin Mirallas.

ARTIKEL YANG SAMA