Morgan, Lloyd lonjak skuad AS

Morgan, Lloyd lonjak skuad AS

EDMONTON, Kanada, 23 Jun (AFP) – Alex Morgan dan Carli Lloyd masing–masing menjaringkan gol untuk meletakkan AS ke suku akhir Piala Dunia Wanita dengan kemenangan 2-0 ke atas Colombia yang beraksi dengan 10 pemain semalam.

Pasukan ranking ke-28 dari Amerika Selatan itu dikurangkan seorang pemain hampir sepanjang separuh masa kedua selepas penjaga gol baru, Catalina Perez diarah meninggalkan padang kerana melakukan tekal keras ke atas penyerang AS, Morgan dua minit selepas rehat.

Abby Wambach mengambil sepakan penalti tetapi pemain penyerang itu menyepak ke kiri gawang, yang menafikan peluang bagi menyamakan rekod 15 jaringan Piala Dunia Wanita bintang Brazil, Marta.

Morgan akhirnya memecahkan kebuntuan selepas minit ke-53 dengan Lloyd mendapatkan gol kedua 13 minit kemudian menerusi sepakan penalti selepas Megan Rapinoe dikasari dalam kotak oleh pertahanan Angela Clavijo.

Pasukan AS, yang berada di ranking kedua dunia dan pemenang 1991 dan 1999, seterusnya bertemu China di Ottawa Sabtu ini bagi merebut tempat separuh akhir. Pasukan AS tidak pernah gagal mara ke separuh akhir Piala Dunia Wanita.

Alex Morgan (13) menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Colombia di Stadium Komanwel semalam. – AFP
Alex Morgan (13) menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Colombia di Stadium Komanwel semalam. – AFP

Ia adalah perlawanan yang sukar bagi juara Olimpik itu dengan midfield utama, Rapione dan Lauren Holiday dilihat tidak akan beraksi dalam persaingan menentang China selepas menerima kad kuning.

“Kami jelas mendapatkan keputusan, tetapi kami melabur beberapa pemain dalam tempoh enam bulan,” kata jurulatih AS, Jill Ellis.

“Kami berdepan dengan kecederaan, jadi saya merasa yakin terhadap pemain yang kami ada untuk hadir dan menyumbangkan khidmat dan saya tahu mereka yakin dapat meningkat dan membantu kami.”

Ini adalah perlawanan pertama Piala Dunia bagi Perez, yang menggantikan penjaga gol pilihan pertama, Sandra Sepulveda, yang tidak beraksi selepas menerima kad kuning kedua dalam kekalahan 2-1 kepada England.