Morgan mahu Leicester tinggalkan legasi hebat

Morgan mahu Leicester tinggalkan legasi hebat

LONDON, 26 Feb (Reuters) – Kapten Leicester City, Wes Morgan (gambar) mendorong pasukannya untuk beraksi bagi meninggalkan satu legasi hebat selepas tampil dengan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris dalam usahanya untuk menyamai kejutan pasukan kecil lain yang pernah muncul juara sebelum ini.

Skuad kendalian Claudio Ranieri yang pernah berada di ambang penyingkiran dengan mengalami beberapa kekalahan pada musim lalu, kini memiliki kelebihan dua mata berbanding Tottenham Hotspur yang berada di tempat kedua dengan baki 12 perlawanan lagi yang perlu ditempuhi bagi musim ini.

“Kami hanya menginginkan untuk melakar satu legasi sendiri dan meletakkan nama kami dalam buku sejarah.

pg22_160227_c

Saya pasti para media yang lain akan membandingkan pencapaian hebat pasukan lain yang pernah berada di kedudukan seperti kami.

“Ia satu musim yang hebat dan pada permulaan sebelum ini semua orang fokus untuk elak daripada tersingkir.Saya rasa kami berjaya atasinya.

“Kini kami ada kelebihan dua mata dan kami tahu sejauh mana bagusnya kami.”

ARTIKEL YANG SAMA