Morozov pecah rekod dunia

Morozov pecah rekod dunia

BERLIN, 31 Ogos – Vladimir Morozov dari Rusia memecahkan rekod dunianya sendiri dalam 100m medley individu jarak dekat semalam di Berlin.

Perenang dari Rusia itu mencatatkan masa 50.30 saat di ibu negara Jerman, mengurangkan rekod 50.60 saat yang dicatatnya pada Jumaat lalu di Paris dalam jelajah Piala Dunia.

Morozov, 24, juga mencatatkan kemenangan dalam 100m gaya bebas. Katina Hosszu ‘Wanita Besi’ dari Hungary, yang memenangi tiga pingat emas di Olimpik Rio de Janeiro, melakar tiga kemenangan pada hari pertama dalam persaingan selama dua hari itu.

Hosszu memenangi gaya bebas 200m, kuak lentang 200m dan medley individu 200m, juga memenangi perak dalam kuak lentang 50m dan gangsa dalam 100m kuak kupu-kupu.

Hosszu dan Morozov adalah pendahulu dalam kedudukan Piala Dunia pada keseluruhannya. Seperti yang dilakukannya di Paris minggu lalu, Cameron van der Burgh dari Afrika Selatan memenangi dalam kuak dada 50m dengan masa catatan 25.75saat.

‘Saya berpuas hati dengan persembahan saya. Kolam tersebut begitu pantas dan saya bersedia bagi persaingan 100m kuak dada esok,’ kata Van der Burgh.

Pesaingnya Chad Le Clos mendahului persaingan akhir kuak kupu-kupu 200m didepan Philip Heintz dari Jerman dan Hao Yun dari China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA