Moscow sekat ekonomi Turki

Moscow sekat ekonomi Turki

MOSCOW, 29 Nov (AFP) – Moscow semalam mengenakan sekatan ekonomi ke atas Turki dalam langkah balas balik terbaru ekoran penembakan jatuh sebuah kapal perang Rusia, ketika pemimpin Turki Recep Tayyip Erdogan berkata beliau ‘sedih’ dengan insiden jet itu.

Dengan perbalahan tidak menunjukkan reda, Kremlin mengeluarkan teks perintah yang telah ditandatangani oleh Presiden Rusia Vladimir Putin yang mengumumkan penamatan penerbangan carter antara kedua-dua negara itu.

Ia juga meminta para pengendali pelancong Rusia bertahan dari menjual perjalanan ke Turki, lazimnya destinasi percutian popular bagi para pelancong Rusia.

Langkah terbaru itu berkuat kuasa dari 1 Januari 2106. Senarai barangan Rusia akan dikenakan ‘tegahan atau pembatasan’ belum lagi didedahkan.

Putin menandatangani satu dekri mengenakan sekatan ekonomi terhadap Turki semalam, empat hari selepas Turki menembak jatuh pesawatnya. – Reuters
Putin menandatangani satu dekri mengenakan sekatan ekonomi terhadap Turki semalam, empat hari selepas Turki menembak jatuh pesawatnya. – Reuters

Pengumuman Kremlin dibuat beberapa jam selepas Erdogan membuat ulasan untuk berdamai sehingga kini berhubung penembakan jatuh jet itu, dengan mengatakan beliau berharap kejadian hari Isnin itu tidak berlaku.

Turki mendakwa kapal terbang perang Su-24 telah tersasar masuk ke ruang udaranya dan berkali-kali tidak mengendahkan amaran supaya menukar hala, tetapi Rusia tetap menegaskan ia tidak menyeberangi sempadan dari Syria.

Kejadian itu dikatakan penembakan jatuh pertama kapal terbang Rusia oleh anggota NATO dalam tempoh setengah abad.

“Saya benar-benar sedih,” kata Erdogan. “kami berharap ia tidak pernah berlaku, tetapi ia telah berlaku. Saya harap sesuatu seperti ini tidak berlaku lagi, tetapi ia telah berlaku. Saya harap sesuatu seperti ini tidak berlaku lagi”.