Moscow tunjuk kemampuan saingi Barat

Moscow tunjuk kemampuan saingi Barat

MOSCOW, 11 Okt – Peluru berpandu yang ditembak daripada kapal perang, jet membedil sasaran jauh terbaru ini: pertunjukan kekuatan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin di Syria nampaknya bertujuan membuktikan bahawa Moscow mampu bersaing dengan Barat, kata penganalisis.

Sejak akhir September, Rusia telah menggunakan pengaruhnya dalam satu kempen pengeboman di seluruh negara yang telah menenggelamkan gabungan pimpinan AS dan menimbul kemarahan Washington dan sekutunya.

Kempen tentera dramatik itu merupakan kempen pertama Moscow di luar bekas USSR sejak tentera Soviet memasuki Afghanistan pada 1979 dan telah mendorong sesetengah orang mencadangkan bahawa Kremlin bercita-cita menonjolkan semula status kuasa besarnya yang telah lenyap.

Menggunakan jet Sukhoi terbaru dan pesawat udara Soviet yang lebih lama, Rusia telah menyerang pos dan kem latihan dalam apa yang dikatakannya merupakan “pengganas” radikal memandangkan ia telah menyokong serangan darat oleh tentera sekutu lamanya, Presiden Bashar al-Assad.

Serangan juga melihat kapal perang Rusia di Laut Caspian menembak peluru berpandu pada sasaran melebihi 1,500 kilometer untuk kali pertama dalam pertempuran – satu pertunjukan kekuatan simbolik yang telah ditafsir sebagai satu penyataan jelas.

“Saya tidak dapat menilai sama ada pelancaran serangan udara dari Laut Caspia adalah masuk akal dari segi tentera,” tulis penganalisis Politik Grigory Melamedov.

“Kami menunjukkan kekuatan kami. Kepada siapa? Kepada pejuang Islam? Bukan. Terlebih dahulu, kepada pihak Amerika.” – AFP