Mostert raih kejuaraan berganda

Mostert raih kejuaraan berganda

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) – Pelumba Australia, Chaz Mostert meraih kemenangan kedua dalam acara V8 Supercars Street Challenge pada perlumbaan jalanan Grand Prix (GP) Kuala Lumpur City, di sini hari ini.

Pelumba pasukan Pepsi Maxx Crew itu menamatkan perlumbaan 11 pusingan dengan catatan 16 minit 15.327 saat.

Mengekori hanya 1.042 saat di belakang ialah pemandu New Zealand, Scott McLaughlin daripada pasukan Volvo Polestar Racing, manakala juara tiga kali V8 Supercars, Craig Lowndes daripada Red Bull Racing Australia berada di tempat ketiga dengan catatan masa 16:17.186s.

Pertandingan akhir V8 Supercars Street Challenge, Cabaran 3, berlangsung petang ini.

Semalam Mostert menjuarai Cabaran 1 dalam acara pertunjukkan Cabaran V8 Supercars pada perlumbaan jalanan.

Chaz Mostert (kanan, belakang) hanya bermula pada petak ketiga namun menang bergaya ketika mengakhiri cabaran V8 Supercars sempena perlumbaan jalanan Grand Prix Kuala Lumpur semalam. – Bernama
Chaz Mostert (kanan, belakang) hanya bermula pada petak ketiga namun menang bergaya ketika mengakhiri cabaran V8 Supercars sempena perlumbaan jalanan Grand Prix Kuala Lumpur semalam. – Bernama

Pelumba pasukan Pepsi Maxx Crew berumula 23 tahun itu berjaya menamatkan perlumbaan 12 pusingan dengan catatan masa 16 minit 12.920 saat. Mostert, yang mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas semalam, merakam masa terpantas sepusingan iaitu 1:25.994s pada pusingan ke-10.

Mengekori hanya 0.601 saat di belakang ialah Scott McLaughlin daripada pasukan Volvo Polestar Racing, New Zealand dan Will Davison daripada Erebus Motorsports di tempat ketiga dengan masa 16:15.144s.

Todd Kelly dari Nissan Motorsports, yang memulakan saingan daripetak pertama, bagaimanapubn, menamatkan saingan di tangga keempat dengan catatan masa 16:15.955s.

Juara tiga kali V8 Supercars, Craig Lowndes pula mengalami masalah tayar pada pusingan terakhir.

ARTIKEL YANG SAMA