Motif penyera...

Motif penyerang masih disiasat

PARIS, 19 Mac – Para penyiasat Perancis hari ini cuba untuk menyiasat sama ada lelaki yang ditembak mati selepas menahan seorang askar di lapangan terbang Orly di Paris itu telah merancang serangan atau bertindak atas dorongan.

Serangan kelmarin daripada Ziyed Ben Belgacem berusia 39 tahun itu mengakibatkan kebimbangan keselamatan besar, yang membawa kepada penutupan sementara lapangan terbang kedua paling sibuk di bandar itu dan pembatalan puluhan penerbangan.

Menjelang pagi hari ini situasi itu hampir pulih seperti biasa.

Ben Belgacem yang lahir di Perancis dengan ibu bapanya rakyat Tunisia, berkata dia bersedia ‘mati kerana Allah’ dan yang lain juga akan mati, selepas menahan seorang askar wanita, mengacukan senjata di kepala dan merampas raifalnya.

Serangan itu muncul dengan Perancis masih lagi berwaspada berikutan siri serangan jihad yang telah mengorbankan lebih 230 nyawa dalam masa dua tahun.

Penumpang yang telah diarahkan untuk mengosongkan lapangan terbang Orly Paris pada 18 Mac berikutan penembakan seorang lelaki oleh pasukan keselamatan Perancis. Pasukan keselamatan di lapangan terbang itu telah menembak seorang lelaki yang merampas senjata daripada seorang askar wanita, kata kementerian dalam negeri. – AFP
Penumpang yang telah diarahkan untuk mengosongkan lapangan terbang Orly Paris pada 18 Mac berikutan penembakan seorang lelaki oleh pasukan keselamatan Perancis. Pasukan keselamatan di lapangan terbang itu telah menembak seorang lelaki yang merampas senjata daripada seorang askar wanita, kata kementerian dalam negeri. – AFP

Ayah Ben Belgacem menegaskan penyerang itu – yang telah menghabiskan masanya dalam penjara atas kesalahan dadah dan rompakan bersenjata serta telah disiasat atas kaitannya dengan radikal Islam – ‘bukan seorang pengganas’ dan bertindak di bawah pengaruh minuman keras dan dadah.

Ayahnya telah dibebaskan dari tahanan lewat kelmarin selepas disoal siasat.

Para penyiasat masih lagi menyoal abang Ben Belgacem dan sepupunya untuk mencari petanda dalam memastikan lelaki bersenjata itu merancang serangan ganas atau sama ada serangan di lapangan terbang itu adalah epilog tidak waras hingga membawa kepada tembakan sembarangan.

“Anak lelaki saya bukan pengganas, dia mabuk dan tidak pernah sembahyang,” kata ayahnya memberitahu radio Europe 1, menyalahkan tindakan anak lelakinya itu atas sebab ‘minuman keras dan kanabis’.

Autopsi telah dijalankan ke atas mayat Ben Belgacem hari ini untuk memastikan jika alkohol atau dadah adalah salah satu faktor penyebab serangan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA