Motivasi kepada rakan seliaan dan keluarga

Motivasi kepada rakan seliaan dan keluarga

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Sebuah program permuzakarahan yang menyasarkan rakan seliaan dan keluarga telah diadakan di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, di sini, semalam, sebagai sebahagian program kerjasama untuk membantu Rakan Seliaan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

Ia merupakan salah satu program kerjasama antara Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan, Jabatan Penjara (PKSP) bersama pihak Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian, Kebudayaan Belia dan Sukan.

Program ini diisi dengan taklimat memberi maklumat, motivasi dan bimbingan kepada Rakan Seliaan dan keluarga dalam menangani isu-isu semasa khususnya aspek yang berkaitan dengan kekeluargaan, perusahaan dan pekerjaan.

Matlamat program ini adalah untuk memberikan motivasi kepada mereka untuk terus sama-sama bergiat aktif dalam menyumbang kepada keharmonian masyarakat serta berdikari dan tidak mengharapkan kepada bantuan semata-mata, seterusnya berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara.

Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA