Motivasi sebelum peperiksaan

Motivasi sebelum peperiksaan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna (SU PAP Masna), Jalan Tutong, hari ini, telah mengadakan ceramah motivasi bagi murid-murid sesi pagi dan petang, sebelum peperiksaan akhir tahun bagi Darjah Pra hingga 5 dan peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi murid-murid Darjah 6.

Ceramah motivasi tersebut disampaikan oleh Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei I, Hajah Noorsiah binti Haji Mat Noor.

Turut hadir ialah Guru Besar SU PAP Masna, Hajah Doraini binti Haji Julaihi dan Pembantu Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei I, Awang Othman bin Haji Ismail.

Hajah Noorsiah ketika menyampaikan taklimat motivasi.
Hajah Noorsiah ketika menyampaikan taklimat motivasi.

Antara tujuan ceramah adalah untuk memberi semangat kepada murid-murid supaya meningkatkan lagi usaha pembelajaran sebelum peperiksaan terutamanya bagi murid-murid Darjah 6 yang akan menghadapi peperiksaan besar, seperti sentiasa mengulang kaji pelajaran di rumah dan memastikan kehadiran ke sekolah setiap hari.

Selain itu, murid-murid juga diajarkan cara-cara atau teknik sebelum menjawab kertas soalan peperiksaan seperti berdoa terlebih dahulu, kemudian menjawab kertas soalan dengan penuh perhatian dan berhati-hati dan akhir sekali bertawakal.

ARTIKEL YANG SAMA