Motivasi untuk pelajar cemerlang ABDB

Motivasi untuk pelajar cemerlang ABDB

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh James Kon

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Seramai 87 pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah diraikan pada majlis yang diadakan bersempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-54 tahun, di Dewan Pahlawan, Berakas Garison hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar cemerlang berkenaan ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Turut hadir ialah para ibu bapa pelajar yang diraikan, pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan para jemputan.

Daripada jumlah pelajar yang diraikan, lima orang adalah bagi kategori Peperiksaan Awam Peringkat GCE ‘O’ Level, 30 bagi kategori Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), seorang menerima anugerah bagi kategori Sijil Tinggi Peperiksaan Ugama Brunei dan 51 orang lagi bagi kategori Peperiksaan Sekolah Rendah Ugama Darjah Enam.

Selain hadiah sumbangan daripada ABDB, para pelajar berkenaan juga menerima hadiah sumbangan DST Sdn Bhd dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Para pelajar cemerlang yang menerima anugerah daripada Pemangku Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.
Para pelajar cemerlang yang menerima anugerah daripada Pemangku Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

pg09_150711_b

Sebahagian para pelajar yang menghadiri majlis berkenaan.
Sebahagian para pelajar yang menghadiri majlis berkenaan.

Lt Kdr Haji Nor Ariwwin bin Haji Mohd Ali, berkata penganugerahan yang diberikan pada tahun ini meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, dan ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran anak-anak juga menjadi keutamaan, walaupun dalam kesibukan dengan tugasan dan tanggungjawab harian pada ibu bapa pelajar berkenaan.

Menurut beliau, penganugerahan seperti ini, adalah salah satu insentif yang diberikan oleh ABDB untuk menyuntik semangat dan minat terhadap pembelajaran sepanjang hayat dari peringkat awal lagi, selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan generasi yang berwawasan.

Beliau juga menambah, seperti tahun-tahun sebelumnya, penilaian pencapaian peperiksaan awam bagi anak-anak anggota ABDB dibuat dan ditapis melalui satu badan pemilihan yang dilantik khas dan penganugerahan hanya akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah memperoleh pencapaian yang cemerlang, serta menepati kriteria-kriteria yang dikehendaki.

Dayang Shaheereen merasa amat bahagia dan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Dayang Shaheereen merasa amat bahagia dan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Nur Nadiah Natasha berkata hasil dari kerja keras dan usaha yang gigih telah membuahkan hasil dan bertekad akan terus meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.
Nur Nadiah Natasha berkata hasil dari kerja keras dan usaha yang gigih telah membuahkan hasil dan bertekad akan terus meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.

Salah seorang pelajar yang terpilih sebagai penerima anugerah cemerlang, Nur Nadiah Natasha binti Abdul Rajid, memperolehi 9 ‘O’ Level dengan 7 Gred A, 1 Gred B and 1 Gred C.

Dayang Nur Nadiah Natasha dari Sekolah Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, ketika ditemui menyatakan perasaan sangat bersyukur dengan pencapaian yang diperolehinya, kerana pembelajaran, sokongan padu dari pihak keluarga, sekolah dan rakan telah membuahkan hasil.

Menurutnya, untuk mencapai apa yang dimahukan, persiapan pembelajaran bukan dilakukan di saat-saat hendak menduduki peperiksaan, akan tetapi dilakukan sebulan sebelum peperiksaan.

ARTIKEL YANG SAMA