Motivasi untuk terus berbakti kepada negara

Motivasi untuk terus berbakti kepada negara

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Dikurniakan Pingat Kehormatan Negara merupakan satu penghargaan yang besar terhadap sumbangan mereka kepada negara, lebih-lebih lagi sebagai belia dan sukarelawan.

Inilah yang dapat dirasakan oleh seorang belia yang pernah mengharumkan nama negara dalam kebeliaan di mana sumbangan beliau kepada negara diiktiraf oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II.

Dayang Khairunnisa binti Ash’ari yang menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) berkata, sebagai seorang wakil belia dan sukarelawan saja, menerima pingat itu sangat istimewa kerana jarang mendengar sukarelawan dianugerahkan pingat seumpama ini.

Dengan adanya pingat yang dianugerahkan ini, ia akan menjadi pemangkin dan motivasi untuk menyumbang kepada negara, ujarnya lagi ketika ditemui pada Majlis Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, hari ini.

Dayang Khairunnisa Ash’ari, belia yang pernah mengharumkan nama negara.
Dayang Khairunnisa Ash’ari, belia yang pernah mengharumkan nama negara.
Dayang Milah melahirkan perasaan syukur dengan pengurniaan pingat yang di terima.
Dayang Milah melahirkan perasaan syukur dengan pengurniaan pingat yang di terima.
Dayang Nurliyana, pingat yang diterima ini akan menjadi pemangkin untuk terus maju.
Dayang Nurliyana, pingat yang diterima ini akan menjadi pemangkin untuk terus maju.

Beliau seterusnya menasihatkan para belia untuk lebih aktif, banyak menyumbangkan masa kepada pembangunan negara dan dengan pingat yang diterima ini dapat menunjukkan yang segala kerja yang dilaksanakan itu dilihat dan dihargai.

Dayang Khairunnisa memberitahu bahawa beliau akan meneruskan pengajian dalam bidang Politik Alam Sekitar dan Globalisasi dan pada masa ini beliau mengendalikan Green Brunei dan projek-projek sukarelawan.

Dalam pada itu, rata-rata penerima pingat yang ditemui turut melahirkan perasaan syukur dan gembira atas pengurniaan pingat-pingat berkenaan.

“Perasaan syukur, teruja dan gembira semua bercampur menjadi satu menguatkan lagi semangat untuk terus berusaha dalam pembangunan negara yang mana pengurniaan pingat ini, menjadi pemangkin dan motivasi untuk terus maju,” Dayang Milah binti Malik melahirkan perasaannya setelah menerima P.I.KB.

Beliau yang telah berkhidmat sebagai pendidikan selama 25 tahun, dan kini bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman, Tutong, menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas pengurniaan pingat tersebut.

Bagi Dayang Nurliyana binti Haji Lamat yang juga penerima P.I.K.B, dengan pengurniaan pingat ini, beliau merasa dihargai setelah banyak menabur jasa dan bakti bukan saja kepada jabatan di tempat beliau bertugas tapi juga kepada pembangunan negara.

Apa yang penting ialah kita mesti bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah, tambahnya, dan turut menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas pengurniaan pingat tersebut.

Perasaan syukur turut dilahirkan oleh Awang Yahya bin Haji Pungut, yang turut berkata bahawa dengan pengurniaan pi ngat ini juga menjadi penyuntik semangat untuk lebih bekerja keras dan segala usaha dan kerja yang di lakukan dihargai.

Beliau seterusnya melahirkan harapan, pingat yang diperolehi ini akan menjadi contoh kepada rakan-rakan lain untuk terus bekerja keras, cekap dan amanah untuk meraih penghargaan seperti ini.

ARTIKEL YANG SAMA