Motosikal elektrik masa depan

LAS VEGAS, 12 Jan – Dengan melambai, Kinji Asamura memanggil motosikal tanpa penunggang ke sisinya di petak Yamaha pada Pameran Pengguna Elektronik di Las Vegas minggu ini.

Konsep motosikal elektrik dipanggil “Motoroid”, kemudian tetap pada keseimbangannya, tetap pada kedudukannya meskipun apabila Asamura cuba dengan perlahan menolaknya.

Tidak jauh dari situ, sebuah robot yang mungkin dilihat sesuai bagi filem aksi futuristik menunggang sebuah superbike model keluaran Yamaha yang mempunyai kelajuan sehingga 200 kilometer sejam di trek uji.

“Motosikal adalah masa lalu akhir-akhirnya dan Motoroid adalah masa depan,” jurucakap Yamaha John Boreland memberitahu AFP ketika dia melihat sepintas lalu dari sebuah rekaan dua tayar kepada rekaan lain.

“Matlamat adalah untuk melihat apakah pengajaran yang dapat dipelajari untuk menghubungkan mesin dengan manusia dengan lebih berkesan.”

Motosikal konsep Motoroid Yamaha yang dipamerkan semasa CES 2018 di Las Vegas baru-baru ini. – AFP

Motosikal Yamaha robot dipanggil “Motobot’ laju tetapi buta, bergantung pada laluan yang telah pra-program, menurut Yamaha. Pelajaran yang dipelajari setakat ini dari model penyelidikan termasuklah ‘manusia begitu lebih cepat bereaksi’ menurut Boreland.

“Penunggang biasa juga terbukti lebih baik memahami gerak hati dalam tindak balas pengemudian dan melalui pusingan, tambahnya lagi.

Model Motoroid memiliki ciri-ciri autonomi seperti melakukan pengimbangan sendiri, mengenali penunggang dan dipanggil dengan lambaian.

Sayap pada belakang kerusi direka dengan bantuan pakar psikologi untuk dengan lembut menyelitkan bahagian bawah belakang penunggang dalam usapan menenangkan pada kelajuan tinggi, menurut Boreland lagi.

“Dalam pada itu, ini akan bergabung semuanya untuk penunggang menjadi sebahagian motosikal dan ia akan menyesuaikan untuk penunggang,” Boreland berkata tentang wawasan dan kecanggihan dari motosikal konsep, yang bukan untuk dijual. – AFP