Motosikal & lori bertembung, 1 tentera maut

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 12 Okt – Seorang anggota tentera laut maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori seberat 10 tan berhampiran jambatan Lubai di sini, tengah hari tadi.

Mangsa, Azman Ayob, 37, berasal dari Melaka putus pergelangan kaki kiri maut di tempat kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem berkata siasatan awal polis mendapati ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah bandar hendak menuju ke Miri memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori yang membawa muatan kelapa sawit.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, motosikal yang ditunggang mangsa terperosok ke bawah lori terbabit.

“Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian. Siasatan lanjut kejadian masih diteruskan,”katanya.

Lori yang terbalik di bahu jalan.