MoU promosi produk sepanjang Ramadan

MoU promosi produk sepanjang Ramadan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Concept Computer dan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama mempromosikan produk masing-masing sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Concept, MoU ini adalah untuk setiap pembelian produk Concept seperti Acer PC, Laptop, Tablet dan Projector. Setiap pembelian akan diberikan kupon untuk menebus satu karton minuman di Kingston Beverage and Creamery Redemption Centres, di Beribi. Kupon ini hanya sah sehingga bulan Ogos 2015.

Hadir menandatangani perjanjian berkenaan ialah Pengurus Am Concept Computer, Vincent Pao, dan Pengurus Am Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim.

Turut hadir selaku saksi ialah Eksekutif Kanan Peruncitan Concept Computer, Azalinah Tuah, Eksekutif Pemasaran Concept Computer, Zul Rahman dan saksi dari Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Pengarah Urusan Velentine Hon dan Penolong Jualan dan Pemasaran untuk Kingston, Kevin Robin Jon.

Vincent Pao dan Malcolm Lim bertukar-tukar dokumen selepas pemeteraian Mou kerjasama tersebut.
Vincent Pao dan Malcolm Lim bertukar-tukar dokumen selepas pemeteraian Mou kerjasama tersebut.