MoU TSH, Sabah pelihara habitat

MoU TSH, Sabah pelihara habitat

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – TSH Resources Bhd menyerahkan 30,000 hektar kepada kerajaan negeri Sabah untuk memelihara habitat semula jadi hutan Banjaran Meliau.

Dalam satu kenyataan, TSH yang berpangkalan di Sabah berkata, ia menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Sabah semalam untuk menekankan komitmennya dalam mempromosi pembangunan mampan.

“Hutan 30,000 hektar itu akan dijadikan Hutan Simpan Kelas 1, kategori tertinggi untuk perlindungan alam sekitar dan pemeliharaan biodiversiti,” katanya.

Menurutnya, hutan ultramafik di Pulau Borneo, dengan tumbuhan dan biodiversiti yang unik itu boleh didapati di Banjaran Meliau.