Mouriho bakal pengurus United – Bedy

Mouriho bakal pengurus United – Bedy

MILAN, 21 Feb (Reuters) – Khabar angin yang mengatakan Jose Mourinho akan menjadi pengurus Manchester United terus menjadi perbualan media dan perkara tersebut diperkukuhkan lagi dengan kenyataan dari Pengarah Inter Milan, Bedy Moratti, Sabtu lalu.

Jose Mourinho bakal menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United, menurut seorang rakannya hari ini. Bedy Moratti mendedahkan perkara itu selepas menikmati makan tengah hari bersama Mourinho dan keluarganya di sini.

Akhbar Daily Mail Online melaporkan, Moratti berkata demikian ketika ditanya sama ada pengendali kelahiran Portugis berusia 53 tahun itu akan kembali semula ke Inter selepas ini. “Tidak, dia gembira sekarang…dia akan ke Manchester.

Sudah tentu, dia seorang yang menakjubkan dan kami merinduinya sebagai individu di sini.

Mourinho berada di Itali selama beberapa hari dan menyaksikan perlawanan antara Inter dan Sampdoria pada malam tadi. Pada Jumaat, dia ditemuramah oleh La Stampa dan menyatakan sudah bersedia untuk kembali bekerja – dua bulan selepas dipecat oleh Chelsea.

Mourinho dilaporkan sebagai berkata, “Buat masa ini, saya menghormati semua jurulatih dan kelab. Saya tidak mencari kelab, tapi kelab-kelab yang mencari saya.”

Seandainya, United tewas kepada Shrewbury pada saingan Piala FA Inggeris esok, Naib Pengerusi United, Ed Woodward dijangka membuat keputusan untuk memecat jurulatih kelahiran Belanda itu.

Keadaan pasukan dan pemain United ketika ini masih bergelut dan satu sumber menyatakan, “Kumpulan pemain hanya fokus kepada satu aksi pada setiap masa dan akan tertanya-tanya akan berlaku selepas itu.”

ARTIKEL YANG SAMA