Mourinho ‘beraksi’ dalam filem animasi

Mourinho ‘beraksi’ dalam filem animasi

LISBON, 3 Jun – Jose Mourinho sentiasa berkata beliau ‘seorang yang istimewa’ dan kini selepas menunaikan impian bergelar pengurus Manchester United, dia beralih ke industri filem.

Pengendali dari Portugal akan menyumbang suaranya untuk karektor Pope Francis dalam filem animasi yang dijangka akan dikeluarkan pada 2017 untuk peringatan 100 tahun Virgin Mary di Fatima, Portugal.

Suara Mourinho akan digunakan untuk Paus Argentina dalam bahasa Portugal, Inggeris, Sepanyol dan Itali “bahasa negara di mana (Mourinho) sudah bergelar juara,” kata syarikat produksi Portugal, Imaginew.

Penggunaan Mourinho dalam filem animasi “sudah mendapat kebenaran Vatican”, kata syarikat terbabit.

Kapten Manchester United, Wayne Rooney Rabu lalu memuji pelantikan kelab ‘menarik’ pengurus baru, Jose Mourinho.

Para wartawan mengelilingi Jose Mourinho ketika beliau meninggalkan rumahnya di pusat bandar London, Jumaat lalu. Mourinho yang dilantik menjadi pengurus United dalam pada itu juga akan cuba beralih ke Industri Perfileman dari segi penyumbangan suara dalam satu filem pelbagai bahasa. – AP

Bekas pengurus Chelsea Mourinho, 53, telah dilantik pada kontrak tiga tahun minggu lalu dan berjaya menyingkirkan Louis van Gaal.

“Menarik. Dia salah seorang pengurus terbaik di dunia,” Rooney berkata pada sidang akhbar di Watford menjelang perlawanan persahabatan menentang Portugal England pada Khamis lalu.

“Jelas sekali dia tahu Liga Perdana Inggeris dengan baik. Bagi diri saya dan para pemain Manchester United, itulah dia.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA