Mourinho, Costa gaduh

Mourinho, Costa gaduh

HAIFA, Israel, 26 Nov (Agensi) – Jose Mourinho dan Diego Costa bertikam lidah sewaktu Chelsea melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas Maccabi Tel Aviv yang bermain dengan 10 pemain dalam perlawanan Kumpulan G, Liga Juara-juara semalam, keputusan yang mengekalkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.

Pengurus Chelsea itu, mencetuskan pertelingkahan apabila menuduh Costa tidak membuat larian untuk menyokong serangan yang dilancarkan oleh Eden Hazard. Dia bagaimanapun mendakwa telah berdamai dengan penyerang tersebut sewaktu rehat.

“Saya mahu dia melakukan beberapa pergerakan, tetapi dia gagal melakukannya. Saya kecewa dan marah kepadanya. Dia juga melakukan perkara yang sama. Ketika berada di bilik persalinan pada rehat babak pertama, kami telah bercium dan memeluk antara satu sama lain. Tiada masalah,” kata Mourinho.

Mourinho kelihatan melompat dan melambai-lambaikan tangannya sambil menjerit ke arah Costa, yang turut membalas kembali dengan jeritan dan isyarat tangan sebagai tanda protes.

Gol daripada Gary Cahill (20), Willian (73), Oscar (77) dan Kurt Zouma (90) melengkapkan kemenangan besar Blues ke atas juara Israel itu, yang kehilangan khidmat Tal Ben Haim kerana dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama. Kemenangan tersebut meletakkan Chelsea di kedudukan teratas Kumpulan G, tetapi kegembiraan mereka itu dicemari dengan kecederaan Ramires dan John Terry. Mourinho telah menyalahkan keadaan permukaan padang yang berbahaya sebagai punca kecederaan dua pemainnya itu.

ARTIKEL YANG SAMA