Mourinho cuba pulihkan Chelsea

Mourinho cuba pulihkan Chelsea

LONDON, 2 Okt (AFP) – Ketika masalah yang dihadapi Chelsea semakin buruk, Jose Mourinho akan berusaha untuk membangkitkan semula kempen hambar pasukannya dengan cuba untuk meraih kemenangan menentang Southampton di Stamford Bridge esok.

Satu lagi minggu ujian menambah kesukaran yang semakin meningkatkan di sekitar kelab dengan Mourinho dipaksa untuk mempertahankan hubungannya bersama pemain selepas membuat perubahan yang tidak disangka untuk kunjungan Liga Juara–Juara ke Porto.

Bos The Blues itu bertindak kepada keputusan seri Liga Perdana hujung minggu di Newcastle – Chelsea pulih selepas ketinggalan dua gol kepada pasukan Steve McClaren – dengan meninggalkan Oscar, Loic Remy dan Radamel Falcao pada pertengahan minggu dan merehatkan Eden Hazard, John Terry dan Nemanja Matic di bangku simpanan.

Rombakan itu tidak mempunyai kesan yang diingini, dengan Chelsea merosot kepada kekalahan 2-1 yang mengukuhkan pandangan bahawa pasukan Mourinho musim ini dibayangi pasukan yang menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan mudah Mei lalu.

Kunjungan Southampton akan memberikan satu lagi ujian getir, dengan pengurus Saints, Ronald Koeman menyuarakan keyakinannya minggu ini bahawa pasukannya mendapatkan sesuatu selepas berjaya mengekang Chelsea musim lalu.

Reaksi Mourinho ketika mengemudikan pasukannya menentang FC Porto dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara di Stadium Dragao Oporto, Portugal pada 29 September lalu. – Reuters
Reaksi Mourinho ketika mengemudikan pasukannya menentang FC Porto dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara di Stadium Dragao Oporto, Portugal pada 29 September lalu. – Reuters

Pasukan Mourinho perlu bangkit dan penjaga gol yang mengalami kecederaan, Thibaut Courtois menyuarakan kekecewaan terhadap masalah yang melanda kelab.

Penjaga gol dari Belgium itu, yang sedang direhatkan dengan kecederaan lutut berkata: “Tidak mudah untuk melihat kesemuanya dan tidak menjadi sebahagian daripada pasukan ketika ini, dan tidak mampu untuk membantu.

“Selasa lalu, dalam Liga Juara-Juara, mereka tewas tetapi beraksi dengan baik. Tetapi kami akan mara. Dan esok, kami perlu menang di tempat sendiri.

“Terdapat tekanan, dan saya berharap kami akan memenanginya. Selepas itu, ada rehat antarabangsa, dan kemudian saya berharap Chelsea akan memenangi beberapa perlawanan. Kami memiliki perlawanan sukar, tetapi kami perlu melakukan lebih baik berbanding sekarang.”