Mourinho didenda lagi

Mourinho didenda lagi

LONDON, 17 Nov – Jose Mourinho didenda 50,000 pound oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan komen yang disuarakannya terhadap pengadil, Anthony Taylor sebelum perlawanan Manchester United bertemu Liverpool, bulan lalu.

FA semalam menjelaskan apa yang dilakukan pengurus kelahiran Portugal itu ‘menambahkan beberapa lapisan tekanan’ terhadap pegawai perlawanan terbabit yang menyaksikan perlawanan itu berakhir seri tanpa jaringan.

Kesesuaian Taylor untuk mengendalikan perlawanan itu menjadi perdebatan hangat sebelum pertemuan itu yang dikuatkan dengan fakta kediamannya berada di Altrincham berhampiran Manchester.

Mourinho, ketika ditanya mengenai pandangannya mengenai situasi itu berkata: “Saya tidak mahu berkata apa-apa mengenai perkara ini, namun saya fikir Taylor adalah pengadil yang amat baik.

“Namun saya fikir untuk seseorang dengan niat, sedang meletakkan tekanan terhadapnya yang saya fikir akan menyebabkannya sukar menjalankan prestasi yang baik.”

APA LAGI NAK?... Reaksi Mourinho dketika menyaksikan perlawanan Liga Perdana United dan Swansea City dari tempat duduk penonton pada 6 November lalu. Pengurus United itu didenda 50,000 pound oleh FA susulan komen yang disuarakannya terhadap pengadil, sebelum perlawanan United bertemu Liverpool, bulan lalu. – AP
APA LAGI NAK?… Reaksi Mourinho dketika menyaksikan perlawanan Liga Perdana United dan Swansea City dari tempat duduk penonton pada 6 November lalu. Pengurus United itu didenda 50,000 pound oleh FA susulan komen yang disuarakannya terhadap pengadil, sebelum perlawanan United bertemu Liverpool, bulan lalu. – AP

Sekali pun apa yang diucapkan Mourinho itu jauh daripada apa yang pernah dilakukannya sebelum ini di England, ia cukup untuk dikenakan tuduhan salah laku terhadapnya oleh FA kerana komennya itu dianggap tidak tepat dan boleh merosakkan perlawanan.

Mourinho menerima tuduhan salah laku terbabit namun menolak pertuduhan merosakkan perlawanan sebelum suruhanjaya peraturan bebas, semalam menolak dan bertindak menghukumnya.

“Di sebalik mengatakan bahawa dia (Mourinho) tidak mahu berkata apa-apa, dia kemudian melakukan tindakan yang bercanggah dengan memberikan komen terhadap pegawai perlawanan,” kata suruhanjaya itu.

“Mourinho tidak perlu untuk mengulas pendapatnya. Suruhanjaya menganggap pendapat itu memberi beberapa lapisan tekanan dan memberi implikasi kepada pengadil yang boleh memberi impak negatif kepada perlawanan.”

Taylor secara meluas dianggap mempunyai perlawanan yang baik di Anfield dengan suruhanjaya berkata: “Prestasi pengadil dalam permainan telah terjejas oleh tekanan tambahan.

“Bagaimanapun, suruhanjaya kawal selia mengadili komen Mourinho menyebabkan permainan mendapat nama buruk.

“Dalam banyak cara, mereka mencipta keadaan ‘pedang Damocles’. Pengadil akan dikutuk jika melakukannya dan dikutuk juga jika tidak melakukannya.

“Walaupun Mourinho menyatakan bahawa komen itu bersifat positif dan bukan untuk mengkritik Taylor, suruhanjaya kawal selia tidak berkongsi pandangan ini.

“Suruhanjaya pengawalseliaan sebulat suara dalam pandangan mereka bahawa komen-komen ini menyebabkan perlawanan mendapat nama buruk dan elemen kedua pertuduhan telah dibuktikan,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA