Mourinho ejek pesaing

Mourinho ejek pesaing

LONDON, 28 Mei (AFP) – Pengurus Chelsea, Jose Mourinho berkata pemainnya yang memenangi Liga Perdana tidak diberikan pujian yang seharusnya mereka terima dan beliau mengejek pasukan yang menamatkan perlawanan di bawah mereka semalam.

Pengurus dari Portugal berusia 52 tahun itu yang menyaksikan pasukannya menamatkan musim ini dengan kelebihan lapan mata di depan juara 2014, Manchester City – menggunakan makan malam akhir musim Chelsea untuk menyatakan hujah yang berbelit-belit bagi mempersendakan City dan Arsenal yang selesai di tangga ketiga dan pasukan tangga keempat Manchester United.

Dengan latar belakang grafik yang menunjukkan padang dengan dua gol, dia menyatakan mengenai United yang diuruskan Louis van Gaal sebagai ‘pasukan dengan jersi merah’ dan berkata mereka lebih suka beraksi tanpa jaringan.

“Pasukan itu beraksi dengan baik dan bola terus bergerak dan kualiti penguasaan bola adalah cantik tetapi tiada jaringan,” kata Mourinho.

Mourinho (kanan) bersama skuad Chelsea ketika tiba di lapangan terbang Don Muang, Thailand untuk perlawanan persahabatan dengan All Stars Thailand 30 Mei nanti. – AFP
Mourinho (kanan) bersama skuad Chelsea ketika tiba di lapangan terbang Don Muang, Thailand untuk perlawanan persahabatan dengan All Stars Thailand 30 Mei nanti. – AFP

“Dan mereka bertanya kepada lembaga antarabangsa FIFA untuk beraksi seperti ini tetapi mereka diberitahu ia tidak mustahil, lebih besar peratusan penguasaan bola tidak akan membantu memenangi perlawanan dan mereka bukanlah juara.”