Mourinho: FA benarkan tindakan balas

Mourinho: FA benarkan tindakan balas

LONDON, 24 Sept (Agensi) – Diego Costa digantung tiga perlawanan dan kad merah Gabriel dibatalkan, menyebabkan Jose Mourinho marah dengan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris.

Pengurus dari Portugal itu membidas FA yang menarik balik kad merah Gabriel dan seterusnya menghukum Costa dengan penggantungan tiga perlawanan selepas mereka berbalah ketika perlawanan yang menyaksikan Chelsea menewaskan Arsenal.

Walaupun menang aksi liga dan memulakan kempen pusingan ketiga Piala Liga dengan kemenangan 4-1 di Walsall, Chelsea tetap memberi tumpuan kepada Costa dan larangan FA yang dibuat pada Isnin.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu didakwa menyerang pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny dengan menghayunkan lengannya selain menutup muka pemain itu. Gabriel pula didakwa atas reaksinya selepas diarahkan keluar padang oleh pengadil kerana didapati menendang Costa.

‘The Spesial One’ percaya tindakan badan pentadbir seperti itu, ditambah pula dengan penggantungan Costa yang amat tidak dihormati kerana membenarkan tindakan balas.

Selepas menewaskan Walsall Mourinho berkata: “Kami tahu bahawa kini sesuatu tindakan balas adalah dibenarkan. Anda boleh melakukannya.

“Anda tidak boleh membandingkan kaki yang hampir patah dengan perbincangan sesama mereka. Anda tidak boleh membandingkannya dengan kaki yang hampir patah. Itulah apa telah berlaku, perbincangan sesama mereka.

“Saya tidak mengulas (lebih lanjut) kerana jika saya memberikan contoh-contoh dan pergi lebih terperinci dan menyatakan perasaan terhadap perbincangan itu, penggantungan besar bagi saya sedang menunggu dan saya tidak mahu perkara itu berlaku. Pasukan tidak memerlukannya.

“Kami kehilangan pemain penting untuk tiga perlawanan dan tidak perlu kehilangan pengurus. Oleh itu, saya lebih suka untuk bertenang dan tenang.”

ARTIKEL YANG SAMA