Mourinho gagal dalam rayuan

Mourinho gagal dalam rayuan

LONDON, 6 Nov (AFP) – Pengurus bermasalah, Jose Mourinho gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman penggantungan berada di dalam stadium untuk satu perlawanan yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak England.

Pengurus Chelsea itu dikenakan hukuman penggantungan itu bersama denda STG50,000 (AS$76,000) kerana komennya mengenai pengadil perlawanan, Robert Madley selepas skuadnya kalah di kepada Southampton pada 3 Oktober lalu di Stamford Bridge.

Mourinho berang selepas skuad bimbingannya tidak diberikan sepakan penalti pada awal separuh masa pertama apabila penyerang, Radamel Falcao dijatuhkan oleh penjaga gol skuad The Saints, Stekelenburg namun sebaliknya dilayangkan kad kuning kerana merebahkan badan.

ARTIKEL YANG SAMA