Mourinho kena hukum lagi

Mourinho kena hukum lagi

LONDON, 3 Nov (AFP) – Pengendali Chelsea, Jose Mourinho digantung satu aksi berada di stadium dan didenda STG40,000 selepas mengaku salah atas tuduhan salah laku, umum Persatuan Bola Sepak England, semalam.

Tuduhan itu berkait dengan tindakan salah laku pengurus berkenaan ke atas pengadil perlawanan, Jon Moss ketika skuad bimbingannya tewas 2-1 di tangan West Ham United, yang menyaksikan dia diarah meninggalkan kawasan bangku simpanan.

Berikutan penggantungan itu, Mourinho akan terlepas aksi Chelsea menentang Stoke City pada Sabtu ini.

Jose Mourinho (kiri) bersama pembantunya Silvino Louro (tengah) dan Cesc Fabregas ketika sesi latihan Chelsea di Cobham, England, pada 3 November 2015. – Agensi
Jose Mourinho (kiri) bersama pembantunya Silvino Louro (tengah) dan Cesc Fabregas ketika sesi latihan Chelsea di Cobham, England, pada 3 November 2015. – Agensi

“Susulan daripada sesi pendengaran hari ini (Isnin) oleh Suruhanjaya Kawal Selia Bebas, Jose Mourinho digantung satu perlawanan stadium dengan serta merta dan denda STG40,000.

“Pengurus Chelsea ini mengaku salah atas tuduhan salah laku yang dikenakan oleh persatuan berhubung penggunaan bahasa/kelakuan ke atas pengadil perlawanan di atau di sekitar kawasan bilik persalinan ketika rehat separuh masa dalam pertemuan dengan West Ham pada 24 Oktober 2015”.