Mourinho kritik tindakan FA

Mourinho kritik tindakan FA

LONDON, 16 Okt (Agensi) – Pengurus pasukan Chesea, Jose Mourinho mengkritik Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas dia didenda kerana ulasan yang dibuat terhadap pengadil-pengadil perlawanan.

Mourinho menggunakan bukunya yang dilancarkan semalam untuk memberikan respons kepada keputusan FA pada Rabu lalu yang mendendanya 50,000 pound (AS$77,400) dan penggantungan satu perlawanan dari stadium.

Dia mendakwa pengadil terbabit “takut” untuk memberikan pasukannya sepakan penalti berikutan kekalahan 3-1 di tempat sendiri kepada Southampton dalam perlawanan Liga Perdana pada awal Oktober.

“50,000 pound adalah memalukan. Kemungkinan mendapatkan penggantungan dari stadium adalah menghairankan,” kata Mourinho pada penandatanganan bukunya.

Jose Mourinho bercakap pada sidang media selepas sesi autograf sempena majlis mempromosi buku bertajuk ‘Mourinho’ di sebuah kedai buku di London, pada 15 Oktober 2015. – Agensi
Jose Mourinho bercakap pada sidang media selepas sesi autograf sempena majlis mempromosi buku bertajuk ‘Mourinho’ di sebuah kedai buku di London, pada 15 Oktober 2015. – Agensi

Bos pasukan The Blues itu kecewa selepas pengadil Robert Madley menolak untuk menunjukkan sepakan penalti berikutan cabaran dari penjaga gol Saint, Martin Stekelenburg ke atas pemain penyerang Radamel Falcao dalam kawasan penalti.

“Dia merasa takut untuk memberikannya seperti orang lain merasa takut untuk memberikannya,” kata Mourinho dalam temu bual selepas perlawanan.

Juara bertahan Chelsea, melalui permulaan sukar musim ini, tewas empat dari lapan perlawanan pembukaan dan berada di kedudukan ke-16, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Manchester City.

ARTIKEL YANG SAMA