Mourinho mangsa ‘anak emas’

Mourinho mangsa ‘anak emas’

Jose Mourinho

LONDON, 19 April (AFP) – Pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas mendakwa Jose Mourinho (gambar) hilang jawatannya di Stamford Bridge kerana dia terlalu mempercayai pemainnya.

Mourinho dipecat sebagai pengurus The Blues pada Disember lalu apabila Chelsea bergelut dengan prestasi tidak menentu – kurang setahun selepas ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris.

Pada masa itu, bekas bintang Arsenal dan Barcelona, Fabregas dilaporkan menjadi salah seorang pemain yang melakukan protes terhadap Mourinho kerana sikap pengurus itu yang terlalu tegas dan hasil tindakannya itu dia menjadi mangsa ejekan penyokong.

Kini, Fabregas yang menegaskan dia masih mempunyai hubungan baik bersama Mourinho, berkata dia dan rakan sepasukannya harus dipersalahkan kerana mengambil kesempatan di atas kepercayaan diberikan pengendali dari Portugal itu.

“Saya sangat menghormatinya, kami masih berhubung sehingga sekarang. Masalah utamanya adalah dia terlalu mempercayai kami, memberikan kami cuti yang lebih panjang kerana kami juara tetapi kami mengecewakannya.

ARTIKEL YANG SAMA