Mourinho mungkin ganti van Gaal

Mourinho mungkin ganti van Gaal

MANCHESTER, 21 Dis (Agensi) – Tekanan kian memuncak buat pengurus Manchester United, Louis van Gaal apabila terus mencatat kekalahan demi kekalahan dan terbaharu, pasukannya tewas 1-2 kepada Norwich City.

Terdapat beberapa laporan yang mendakwa bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang dipecat Khamis lalu mungkin akan dibawa masuk bagi menggantikan van Gaal di United.

Jodoh van Gaal bersama The Red Devils mungkin tidak panjang apabila penyokong-penyokong sudah mula muak dengan aksi longlai yang dipamerkan kelab tersebut musim ini.

Mereka menggesa pihak pengurusan United agar memecat van Gaal.

“Saya akui sangat bimbang selepas lihat apa yang terjadi kepada Mourinho. Apabila anda tewas, kepercayaan terhadap pengurus semakin menurun. Saya tidak boleh berdiam diri mengenai perkara tersebut.

Beberapa laporan mendakwa Jose Mourinho mungkin dibawa masuk bagi menggantikan van Gaal di United. - Reuters
Beberapa laporan mendakwa Jose Mourinho mungkin dibawa masuk bagi menggantikan van Gaal di United. – Reuters

“Saya seorang pengurus yang berjaya. Saya tidak fikir perubahan dalam pengurusan mampu memberi kejayaan dalam masa singkat.

Esok (hari ini) kami akan lakukan analisis dan terapkan taktik yang lebih berkesan ketika menentang Stoke City nanti.

“Saya juga akan turut menilai pencapaian saya kerana ia merupakan sebahagian daripada falsafah bola sepak saya. Kami perlu kembali ke posisi yang lebih baik, semua pihak termasuk penyokong perlu memberi sokongan kepada pasukan.

“Pasukan ini hanya kurang keyakinan diri. Kami sepatutnya menang ke atas Norwich. Kami perlu menang setiap perlawanan di laman sendiri dan itulah yang kami cuba lakukan,” ujar van Gaal.

ARTIKEL YANG SAMA