Mourinho pasang impian

Mourinho pasang impian

Chelsea - Jose Mourinho Press Conference

LONDON, 20 Nov (AFP) – Jose Mourinho (atas) berharap kejayaan perlawanan antarabangsa akan menjadi titik tolak dalam kesukaran Chelsea dalam Liga Perdana musim ini dan mencergaskan kembali bintang Belgium, Eden Hazard.

Mourinho dan pemainnya menamatkan tugasan dmomestik dengan kekalahan di Stoke City – kekalahan ketiga berturut–turut mereka – yang menyaksikan kelab itu berada di tangga ke-16, satu mata di belakang Norwich City, pelawat Stamford Bridge esok dan hanya tiga mata di depan zon penyingkiran.

Kekalahan itu meningkatkan tekanan ke atas pengurus pasukan itu dan rehat selama dua minggu tidak diragukan memberikan Mourinho peluang untuk memperbaiki kekurangan perkembangan pasukannya.

Masalah adalah jelas – terlalu ramai pemain beraksi di bawah standard yang mereka tetapkan musim lalu apabila mereka mendominasi perebutan gelaran.

Tetapi ketika ramai pemain bintang melangkah menyatakan ia adalah pemain yang seharusnya bertanggungjawab, pasukan itu gagal untuk meletakkan kedudukannya dari kedudukan yang menurun sekarang.

Mourinho menyatakan dengan beberapa kewajaran bahawa persembahan pasukannya meningkat dan tewas di Stoke kerana tidak bernasib baik. Tetapi dalam keadaan itu, satu perkara yang penting adalah keputusan perlawanan.

Dan jika mereka mahu menukar keadaan, Mourinho perlu mencari jalan untuk mengamblikan Hazard kembali ke rentak yang menyaksikannya memenangi anugerah Pemain Tahunan dan memastikan pemain dari Belgium itu menjadi pemain terbaik dunia.

Hazard belum menjaringkan sebarang gol dalam liga tetapi Gianfranco Zola, bekas pilihan Chelsea, percaya masalah pemain-pemain sekarang akan memberikan keuntungan kepadanya pada masa panjang.