Mourinho Sah Bersama United

Mourinho Sah Bersama United

LONDON, 27 Mei – Manchester United hari ini melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baru mereka dalam kurang daripada tiga tahun dalam bidaan mereka untuk mengembalikan semula kelab tersebut sebagai kuasa besar untuk memenangi takhta liga di England dan Eropah.

Selepas tiga hari rundingan, Mourinho bersetuju bagi kontrak tiga tahun dengan jumlah bayaran yang dilaporkan bernilai lebih daripada AS$20 juta setiap tahun.

Namun jurulatih super berusia 53 tahun itu, yang mempunyai 22 kepujian atas namanya, berkata ia adalah ‘keajaiban’ United yang menariknya bagi cabaran menghidupkan kembali salah satu kelab terbesar dunia itu.

Pasukan Red Devils perlu keluar dari belenggu itu selepas pada awalnya David Moyes dan kemudian Louis van Gaal gagal untuk melakukan perkara seumpama era Alex Ferguson, yang bersara dalam 2013.

“Untuk menjadi pengurus Manchester United adalah satu penghormatan khas dalam permainan ini,” Mourinho berkata dalam satu keterangan kelab.

Mourinho dalam perjalanan pulang ke tempat kediamannya di kota London selepas selesai menandatangani perjanjian kontrak tiga tahun untuk menjadi pengurus baru Manchester United. – AFP
Mourinho dalam perjalanan pulang ke tempat kediamannya di kota London selepas selesai menandatangani perjanjian kontrak tiga tahun untuk menjadi pengurus baru Manchester United. – AFP

“Ia satu kelab yang terkenal dan diminati di seluruh dunia. Terdapat keajaiban mengenainya yang tiada kelab lain dapat menandingi.

“Saya sering berasa ada pertalian dengan Old Trafford; ia telah menghoskan beberapa memori istimewa dalam sepanjang kerjaya saya dan saya sering menikmati hubungan dengan peminat-peminat United.

“Saya tidak sabar untuk menjadi pengurus mereka dan menikmati sokongan hebat mereka dalam tahun-tahun mendatang.”

Mourinho seolah-olah ditakdirkan untuk mengendalikan United sejak pasukan Portonya menyingkirkan pasukan kendalian Ferguson dalam laluan untuk memenangi Liga Juara-Juara 2004.

Dia berasa masanya sudah tiba apabila Ferguson bersara, namun akibat bimbang terhadap personaliti tidak menentu beliau, membuatkan United untuk mengambil Moyes sebaliknya.

Namun dengan langkah itu membuktikan adalah satu bencana dan kendalian Van Gaal pula sedikit baik sahaja, beberapa broker kuasa United memecat warga Belanda itu pada awal minggu ini dan membuat keputusan mengambil peluang pada Mourinho, meskipun dengan reputasi tidak menentunya.

“Jose adalah pengurus terbaik dalam dunia bola sepak ketika ini,” kata naib pengerusi eksekutif United Ed Woodward.

“Dia telah memenangi beberapa trofi dan memberi inspirasi kepada beberapa pemain di seluruh Eropah dan, sudah tentu dia serba tahu mengenai Liga Perdana, di mana dia telah memenangi tiga gelaran di sini.”

Mourinho telah memenangi gelaran-gelaran liga dan piala dalam empat negara bersama Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid. Dia telah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak dua kali bersama dua pasukan berbeza. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA