Mourinho sambung kontrak bimbing Chelsea

Mourinho sambung kontrak bimbing Chelsea

LONDON, 27 Julai (Agensi) – John Terry menegaskan, Chelsea bakal menandatangani perjanjian terbaik pada musim panas ini, apabila pengurus mereka, Jose Mourinho menyambung kontraknya bersama kelab itu sehingga 2019.

Sebelum ini, Manchester City membelanjakan sebanyak 62 juta pound ke atas Raheem Sterling, Fabian Delph dan Patrick Roberts manakala Manchester United mengeluarkan 69 juta pound ke atas Bastian Schweinsteiger, Morgan Schneiderlin, Memphis Depay dan Matteo Darmian.

Chelsea sebaliknya, secara diam-diam sekadar membawa masuk Radamel Falcao menerusi pinjaman manakala Asmir Begovic pula pada kos 8 juta pound.

Namun kapten skuad The Blues itu berkata, Mourinho sememangnya komited untuk bersama Chelsea bagi jangka panjang dan mewujudkan dinasti di kelab itu dengan rancangan menaik taraf Stadium Stamford Bridge bagi beberapa tahun akan datang

“Dia memiliki rekod yang hebat ketika menentang kelab dan pengurus lain. Itulah yang sentiasa bermain dalam fikirannya,” kata Terry.

“Apabila pasukan hebat lain mengikat pemain terkenal, anda mesti berfikir: “Oh ini tentunya serupa dengan mereka, apabila Mourinho mengikat kontrak dengan kelab ini dan kemudian menyambungnya lagi.

“Ia adalah perkhabaran gembira bagi kelab tapi sebaliknya bagi semua pihak berkaitan kerana pengurus lain tahu dia sentiasa mempunyai idea untuk menewaskan pasukan lain.

“Dia tahu mereka yang keluar masuk dan di atas padang. Sama ada awak pemain atau pengurus, dia akan membuat kerja rumah. Dia tahu segala-galanya,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA