Mourinho sesali ‘hadiah beracun’

Mourinho sesali ‘hadiah beracun’

MANCHESTER, United Kingdom, 30 Sept – Pengurus Manchester United Jose Mourinho menyesali ‘hadiah beracun’ jadual perlawanan pasukannya tatkala dia menimbangkan satu kempen perlawanan penuh debaran pada Oktober.

United melancarkan kempen Liga Europa dengan kemenangan 1-0 ke atas Zorya Luhansk di Old Trafford semalam dan menjadi tuan rumah kepada pemimpin Kumpulan A Fenerbahce dalam perlawanan akan datang mereka pada 20 Oktober.

Sebelum itu, mereka menghadapi perlawanan malam pada Isnin di Liverpool, dengan satu kunjungan ke Chelsea, dalam Liga Perdana, dan menyusuli perlawanan ke atas Manchester City dalam Liga Piala.

“Kami boleh bermain melawan Liverpool pada Sabtu atau Ahad. Kami bermain melawan Liverpool pada Isnin,” kata Mourinho, di mana pasukannya mempunyai mata yang sama dalam Kumpulan A dengan Feyenoord.

“Jadi mungkin kami tidak mempunyai keadaan terbaik, terutamanya disebabkan kami bermain melawan dua pasukan Liga Perdana teratas yang tidak bermain dalam pertandingan Eropah (Liverpool dan Chelsea).

Mourinho cemas dengan jadual liga walaupun mendapat suntikan semangat selepas membenam Zorya dalam aksi Liga Europa, kelmarin. – AP
Mourinho cemas dengan jadual liga walaupun mendapat suntikan semangat selepas membenam Zorya dalam aksi Liga Europa, kelmarin. – AP

“Kami mempunyai hadiah beracun untuk bermain pada Isnin yang mewujudkan keadaan yang amat sukar. Namun kami mahu berusaha untuk melayakkan diri untuk pusingan seterusnya. Kami mahu berusaha.

“Masih mempunyai perjalanan yang jauh, hampir sebulan. Namun kami mahu mencuba, jadi kami bermain melawan Fenerbache dengan satu pasukan yang mungkin menewaskan Fenerbahce.”

United bergelut untuk menumbaskan pasukan Zorya, yang sedang bermain dalam perlawanan pertama mereka menentang pencabar Inggeris setelah menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Ukraine pada musim lalu.

Mourinho mengaku kemenangan United merupakan “kerja keras” dan sementara dia memuji pengaturan pertahanan Zorya, dia mengesali apa yang dilihatnya sebagai taktik melengah-lengah mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA