Mourinho suntik semangat Rooney

Mourinho suntik semangat Rooney

MANCHESTER, United Kingdom, 13 Julai – Kapten Wayne Rooney berkata pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus Manchester United telah memberikannya motivasi tambahan bagi musim baru Liga Perdana.

Mourinho, ditugaskan menjadikan United pesaing gelaran sekali lagi selepas Louis van Gaal dipecat Mei lalu, telah membayangkan Rooney bermain di hadapan dan bukan dalam kedudukan tengah seperti peranannya dalam pasukan England dan United pada akhir musim lalu.

Rooney, 30, yang ketinggalan empat gol di belakang rekod 249 Bobby Charlton dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang masa United, memberitahu majalah Inside United: “Saya benar-benar seronok untuk bekerjasama dengan Jose pada musim ini kerana dia adalah salah seorang pengurus terbaik di dunia.”

“Inilah masa yang menyeronokkan bagi Manchester United dan pemainnya. Saya sentiasa menghormatinya sebagai seorang lelaki dan pengurus. Dia baik dan salah seorang pengurus paling berjaya.

“Saya ingin memikirkan saya sentiasa terdorong sebagai seorang pemain tetapi saya berdusta jika saya mengatakan tidak merasa lebih terdorong apabila pengurus baru tiba. Saya pasti semua pemain akan gembira bekerjasama di bawah Jose.”

Kedatangan Mourinho memberikan suntikan baru kepada semangat United musim ini. – AFP
Kedatangan Mourinho memberikan suntikan baru kepada semangat United musim ini. – AFP

Rooney, yang disertai Zlatan Ibrahimovic, pertahanan Ivory Eric Bailly dan perancang dari Armenia, Henrikh Mkhitaryan di Old Trafford pada musim panas berkata, dia tidak pernah menikmati permainan mudah menentang pasukan Mourinho.

“Pasukannya sentiasa sukar untuk diatasi, berdisiplin dari segi taktik dan paling penting lagi, berjaya,” Rooney berkata tentang bekas pengurus Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Porto.

“Dia akan membawa semua kualiti ini bersamanya dan saya pasti dia mempunyai ideanya sendiri bersama aset terbesarnya iaitu pengalaman beliau.

“Dia telah mengurus banyak pasukan yang berjaya sepanjang kariernya dan kesemua pengalaman itu penting.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA