Mourinho tamb...

Mourinho tambah senarai pemain ‘rehat’

MANCHESTER, United Kingdom, 16 Feb – Luke Shaw akan menyertai Wayne Rooney, Phill Jones dan Michael Carrik menjadi penonton apabila pengurus Manchester United Jose Mourinho mendedahkan dia tidak akan bermain dalam perlawanan Liga Europa menentang Saint-Etienne, esok.

Shaw bergelut selepas patah kaki berganda musim lalu dan hanya membuat satu penampilan sejak November dan tidak diturunkan dalam tiga perlawanan terakhir United.

Liga Europa telah menyaksikan Shaw yang dibeli 30 juta pound (AS$37.2) dari Southampton pada bulan Jun 2014 beraksi dalam tiga daripada tujuh perlawanan yang lalu.

Mourinho yang belum bersedia menurunkan bek kiri England berusia 21 tahun untuk pertemuan pertama 32 pasukan terakhir memberitahu wartawan: “Dia tidak turun esok.”

Apabila ditekan kenapa enggan menurunkan Shaw, Mourinho menjawab: “Kerana pasukan saya bermain dengan baik dan saya gembira dengan empat pertahanan dan saya akan mengulangi: (Antonio) Valencia, (Eric) Bailly, (Chris) Smalling, Daley Blind.”

Wayne Rooney antara pemain yang direhatkan oleh Mourinho untuk pertemuan Man United dengan St. Etienne dalam Liga Europa esok. – AP
Wayne Rooney antara pemain yang direhatkan oleh Mourinho untuk pertemuan Man United dengan St. Etienne dalam Liga Europa esok. – AP

Keadaan jangka panjang untuk Shaw di Old Trafford tidak nampak positif dan laporan sudah muncul Mourinho mungkin bersedia untuk membiarkannya pergi pada akhir musim ini.

Sementara itu, lawatan Saint-Etienne akan menyaksikan rekod belian United Paul Pogba akan menentang abangnya Florentin buat kali pertama dalam kerjaya profesional mereka.

“Kami bercakap mengenainya tetapi dengan cara yang baik dan lucu,” Mourinho memberitahu pemberita di padang latihan United. “Itu bagus, takdir yang bagus. Saya fikir hanya ibu Pogba sedikit resah,” katanya.

Jones tidak beraksi sejak kecederaan kaki ketika United terikat 0-0 dengan Hull City sebelum ini, manakala Rooney dan Carrick menurut Mourinho akibat ‘masalah kecil pada otot’.

Tiga pemain kebangsaan England itu tidak menyertai latihan persiapan di Kompleks Latihan AON United di Barat Manchester, semalam.

“Wayne dan Carrick saya tak boleh kata ‘cedera’ kerana saya tak fikir kita menyentuh mengenai isu kecederaan. Kita bercakap mengenai masalah otot dan perlindungan kepada masalah ini. Jadi ketiga-tiganya akan tersisih esok manakala selebihnya kekal,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA