Mourinho tiada tawaran rasmi dari United

Mourinho tiada tawaran rasmi dari United

MANCHESTER, 23 Dis (Reuters) – Manchester United tidak membuat sebarang tawaran rasmi kepada Jose Mourinho untuk menggantikan Louis van Gaal di kelab Liga Perdana, menurut ejen Mourinho, Jorge Mendes.

“Tidak ada apa-apa. Kami tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan, namun sekarang belum ada perjanjian. Cadangan rasmi juga belum ada,” memetik media British, Mendes sebagai berkata kepada Globo Esporte.

Mourinho telah dipecat oleh Chelsea minggu lepas, hanya tujuh bulan selepas menjulang piala Liga Perdana bersama the Blues, berikutan kedudukan Chelsea hampir dengan zon penyingkiran.

Pemenang Liga Perdana sebanyak tiga kali itu mengeluarkan satu keterangan bahawa dia tidak akan mengambil percutian.

Real Madrid's coach Mourinho reacts during their Spanish first division soccer match against Real Zaragozah at Santiago Bernabeu stadium in Madrid

Tekanan telah mula menggunung kepada pengurus Belanda United apabila tidak memenangi sebarang perlawanan sejak enam perlawanan kebelakangan ini yang memperlihatkan kelab tersebut tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara dalam peringkat kumpulan dan keluar dari empat teratas dalam Liga Perdana.

Mourinho, yang pernah bekerja bersama Van Gaal yang cemerlang di Barcelona, sebelum ini dikaitkan dengan pekerjaan di Old Trafford apabila bekas bos United Alex Ferguson bersara pada 2013.

Van Gaal dijadualkan bagi rutin sidang media pada petang Rabu menjelang mengunjungi Stoke City pada Sabtu ini. Dua hari kemudian kelab tersebut akan menjadi hos kepada juara Chelsea.