Mourinho tidak panik

Mourinho tidak panik

LONDON, 6 Ogos – Pengendali Chelsea, Jose Mourinho gembira dengan persiapan pasukannya menjelang kempen baharu Liga Perdana Inggeris sekalipun penyandang juara itu tewas 1-0 kepada kelab Itali, Fiorentina pada aksi persahabatan terakhir, awal pagi tadi.

Gonzalo Rodriguez menjaringkan gol tunggal perlawanan itu pada minit ke-35. Chelsea yang dijadual membuka kempen EPL di laman sendiri bertemu Swansea City memenangi dua daripada empat perlawanan persahabatan dengan kedua-duanya ditentukan menerusi penalti.

Lebih mengecewakan, kelab dari London itu turut tewas pada perlawanan Piala Perisai Komuniti minggu lalu kepada Arsenal.

“Kita akan menemui bola sepak yang sebenar pada Sabtu dan hari ini kami tidak boleh menghadapi perlawanan ini dengan cara yang berbeza,” kata pengurus berusia 52 tahun itu.

“Kami memperoleh minit yang kompetitif menentang pasukan yang bermain untuk mendapatkan keputusan dan memberikan kami latihan yang baik,” katanya dalam laman web www.chelseafc.com.

Mourinho (tengah) ketika menyaksikan pertemuan Chelsea dan Fiorentina di Stamford Bridge semalam. – AFP
Mourinho (tengah) ketika menyaksikan pertemuan Chelsea dan Fiorentina di Stamford Bridge semalam. – AFP

“Ia adalah musim yang panjang dengan kejohanan yang berlangsung selama 10 bulan dan saya gembira di mana kami berada,” katanya. Penyerang berbisa Chelsea, Diego Costa terlepas aksi bertemu Fiorentina selepas gagal pulih daripada kecederaan hamstring yang turut menghalangnya daripada beraksi pada perlawanan bertemu juara Piala FA, Arsenal. Keputusan itu memaksa Mourinho terus berteka-teki mengenai sama ada penyerang Sepanyol akan boleh diturunkan ketika bertemu Swansea. “Saya tidak akan merisikokan reputasi saya sekali lagi,” kata pengendali kelahiran Portugal itu. “Kamu bertanya kepada saya minggu lepas dan saya memberitahu kamu dia bersedia untuk bermain. Dia tidak saya tidak tahu.

“Saya tidak akan berkata ya, dan saya tidak mahu berkata tidak. Pada sidang media Jumaat nanti, saya fikir saya akan berkata tidak tahu sekali lagi,” katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA