Mourinho tuding jari berikutan kekalahan

Mourinho tuding jari berikutan kekalahan

MANCHESTER, United Kingdom, 11 Sept – Pengurus pasukan Manchester United, Jose Mourinho menuding jari ke atas sebahagian pemainnya bagi kritikan pedas berikutan kekalahan 2-1 mereka kepada Manchester City.

Pengurus United mengeluarkan Henrikh Mkhitaryan dan Jesse Lingard pada separuh masa dan berkata ia kerana dia tidak mahu ‘menjejaskan mereka’ yang mana dia tidak menggantikan mereka lebih awal.

Tetapi dia menyelamatkan ulasannya bagi pemain pertahanan Daley Blind dan terutamanya, Eric Bailly, yang berkata sebahagian pemain menunjukkan mereka tidak memiliki semangat yang diperlukan bagi perlawanan besar.

“Kami menghadapi masalah dengan persembahan hambar,” Mourinho memberitahu para wartawan di Old Trafford semalam.

“Kami kehilangan bola dengan mudah. Walaupun pemain pertahanan, yang memiliki kelas terbaik sehingga hari ini, mereka hilang bola dengan mudah.

“Hantaran ke belakang, hantaran pertama, dari Bailly kepada (Marouane) Fellaini, dari Blind kepada (Paul) Pogba.

Jose Mourinho menyalahkan sebahagian pemainnya berikutan kekalahan 2-1 ke atas Manchester City. – AP
Jose Mourinho menyalahkan sebahagian pemainnya berikutan kekalahan 2-1 ke atas Manchester City. – AP

“Kami kehilangan bola dalam kedudukan seperti ini. Jadi ia bukan (hanya) Mickey (Mkhitaryan) dan Jesse, ia adalah lebih dari Mickey dan Jesse.”

City yang dikendalikan Pep Guardiola mendahului pada minit ke-15 apabila Kevin De Bruyne menewaskan Blind bagi penyudah Kelechi Iheancaho sebelum menewaskan David de Gea.

Kedua-dua pemain kemudian bekerjasama bagi menggandakan pendahuluan pasukan City.

Kesilapan daripada penjaga gol City, Claudio Bravo, yang terlepas bola menerusi sepakan bebas Wayne Rooney, membolehkan Zlatan Ibrahimovic untuk menjaringkan satu gol.

Tetapi walaupun United meningkat berikutan Marcus Rashford, 18, dan Ander Herrera yang dimasukkan, mereka tidak dapat mencari gol penyamaan. – AFP