Mourinho yaki...

Mourinho yakin Zlatan kekal di United

MANCHESTER, England, 12 Feb – Jose Mourinho berkata dia berasa yakin pemain penyerang Zlatan Ibrahimovic akan kekal di Manchester United pada musim ini.

Bekas pemain antarabangsa Sweden itu, 35, menikmati kempen menarik dalam bola sepak Inggeris dan menjaringkan 20 gol dalam 33 kemunculan dalam semua persaingan.

Ibrahimovic menyertai United dengan perpindahan dari pasukan juara Perancis, Paris St Germain, menandatangani persetujuan selama setahun pada Julai lalu dengan pilihan untuk melanjutkan kontraknya bagi musim kedua.

“Dia hadir dengan hasrat untuk kekal dalam tempoh dua tahun dan tahun pertamanya berada lebih baik berbanding yang dijangka ramai orang,” kata pengurus United, Mourinho pada Jumaat lalu.

“Dia tahu kami akan mencuba sekali lagi untuk memperbaiki musim depan dan cuba untuk berkongsi dengannya cara yang menarik bagi tahun lepas sepanjang kerjayanya di kedudukan tinggi.”

Zlatan Ibrahimovic ketika beraksi pada perlawanan menentang Watford baru-baru ini. - AP
Zlatan Ibrahimovic ketika beraksi pada perlawanan menentang Watford baru-baru ini. – AP

Ibrahimovic jelas menikmati gandingan bersama Mourinho, setelah bekerja di bawah kendaliannya apabila bos dari Portugese itu membimbing Inter Milan pada 2008-09.

Pemain dari Sweden itu, yang menjaringkan 50 gol dalam musim terakhir di PSG, berjaya untuk mengembalikan penyudah klinikalnya di United.

Dia menjaringkan gol dengan sepakan gunting tiga minit dalam kemunculannya bagi perlawanan persahabatan menentang Galatasaray, jaringan kemenangan lewat menentang Leicester untuk menjulang kemenangan United bagi persaingan Perisai Komuniti pada Ogos lalu, pembuka tirai tradisi musim ini, kemudian meletakkan penanda jaringan pertamanya dalam Liga Perdana menerusi rembatan jarak jauh ketika menentang Bournemouth.

Bekas pemain penyerang Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona dan AC Milan itu menjadi pemain tertua yang menjaringkan 15 gol dalam satu musim Liga Perdana apabila menjaringkan gol bagi kemenangan hujung minggu lalu menentang Leicester. – AP

ARTIKEL YANG SAMA