Moyes ganti Allardyce

Moyes ganti Allardyce

LONDON, 24 Julai – Sunderland melantik bekas pengurus Manchester United, David Moyes untuk menggantikan Sam Allardyce sebagai bos di Stadium of Light, kata kelab Liga Perdana itu semalam.

Moyes, 53, menandatangani kontrak empat tahun bersama pasukan Black Cats dan adalah ‘pilihan pertama’ pengerusi Ellis Shorts untuk mengambil alih selepas Allardyce dinamakan pengurus baru England minggu ini.

Moyes, yang dipecat dari Old Trafford dalam jawatan era Alex Ferguson dan kemudian gagal di Sepanyol bersama Real Sociedad, akan bertugas dengan mengekalkan pasukan Sunderland dalam Liga Perdana bagi semusim lagi.

Pengurus dari Scotland itu memulakan kerjaya pengurusannya bersama Presotn tetapi menempah nama di Everton sebelum terjejas di Manchester United, di mana dia dipecat kurang dari semusim dalam kempen 2013-2014.

Gambar fail pada 31 Mac 2014 menunjukkan pengurus Moyes ketika menghadiri sidang media di Old Trafford. Sunderland melantik Moyes untuk menggantikan Sam Allardyce sebagai bos di Stadium of Light, kata kelab Liga Perdana itu semalam. - AFP
Gambar fail pada 31 Mac 2014 menunjukkan pengurus Moyes ketika menghadiri sidang media di Old Trafford. Sunderland melantik Moyes untuk menggantikan Sam Allardyce sebagai bos di Stadium of Light, kata kelab Liga Perdana itu semalam. – AFP

Moyes memberitahu laman sesawang Sunderland: “Saya merasa gembira menyertai Sunderland. Saya mendapatkan cabaran dan gembira dengan peluang itu.

“Saya telah mengambil alih kelab besar British, dengan sokongan hebat dan bersedia untuk bertugas dalam Liga Perdana sekali lagi.

“Saya bersedia untuk meneruskan tugasan yang bagus dilakukan oleh Sam.”– AFP

ARTIKEL YANG SAMA