Moyes percaya kendalian LVG

Moyes percaya kendalian LVG

MANCHESTER, 31 Dis (AFP) – Bekas pengurus Manchester United, David Moyes percaya kelab Liga Perdana Inggeris itu harus berdiri teguh di sebalik tekanan yang kini dihadapi Louis van Gaal.

Jurulatih kelahiran Belanda yang berusia 64 tahun itu mengharungi minggu yang penuh spekulasi dengan United jatuh ke kedudukan keenam dalam carta selepas terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan.

Moyes mengambil alih tugas jurulatih daripada Alex Ferguson pada tahun 2013, tetapi dipecat selepas hanya 10 bulan dengan Van Gaal menggantikannya pada Mei 2014.

Pengurus berusia 52 tahun itu turut percaya tindakan menyingkirkan Van Gaal selepas 18 bulan bakal menjadi tindakan yang salah.

“Apa yang Manchester United perlu pertahankan adalah mengekalkan pengurus mereka, mereka perlu sentiasa menyokong pengurus mereka,” Moyes berkata kepada BT Sport 1.

Bekas pengurus United David Moyes percaya akan kendalian LVG yang hanya menunggu masa untuk menyerlah. – Reuters
Bekas pengurus United David Moyes percaya akan kendalian LVG yang hanya menunggu masa untuk menyerlah. – Reuters

“Saya harap mereka tetap dengan Louis van Gaal, dia berhak mendapat lebih banyak masa. Ia masih dalam proses kerja untuknya, dia mengikat beberapa pemain dan daripada pengalaman saya di Sepanyol, ia akan mengambil masa untuk pemain dari luar negara menyesuaikan diri.

“Justeru, saya rasa mereka perlu berpegang kepada perkara itu. Mereka tidak sepatutnya menjadi kelab yang sentiasa menukar pengurus mereka.”

Moyes mengakui betapa mengambil alih tugas daripada pengurus yang paling berjaya dalam sejarah kelab gergasi itu tidak pernah akan menjadi mudah.

“Saya rasa selepas Sir Alex, tugas itu (pengurus) menjadi sangat sukar,” kata pengurus dari Scotland itu.

“Ia akan mengambil masa untuk membentuk semula pasukan, ia adalah kerja membentuk semula skuad di Manchester United.”

ARTIKEL YANG SAMA