Mozambique diisytihar bebas periuk api

Mozambique diisytihar bebas periuk api

MAPUTO, 17 Sept (Reuters) – Mozambique akan diumumkan bebas periuk api hari ini, sebuah badan kebajikan yang didedikasikan kepada pembersihan periuk api berkata, menamatkan dua dekad kerja untuk menghapuskan letupan yang ditinggalkan di negara paling miskin di dunia itu daripada perang saudara.

HALO Trust mengatakan ia telah memusnahkan periuk api mungkin yang terakhir di wilayah negara Afrika kaya arang dan gas, yang dimusnahkan oleh konflik perang saudara berakhir 1992.

Badan kebajikan itu mengatakan ia telah membersihkan lebih 171,000 periuk api sejak 1993.

“Pembersihan periuk api itu telah membantu negara itu untuk membangun infrastrukturnya, akses komoditi penting seperti gas dan arang, meningkatkan pelancongan dan menarik pelaburan antarabangsa. Komuniti di sini kini boleh mengusahakan tanaman dan haiwan peliharaan dapat meragut rumput dengan selamat.”

ARTIKEL YANG SAMA